Home Perniagaan Internet Cara Menyemak Nombor Perniagaan ataupun Syarikat secara online

Kadang-kadang sebelum membeli produk di internet semestinya kita sebagai pengguna yang bijak  ingin memastikan tidak ditipu, salah satu caranya sekiranya perniagaan ataupun syarikat tersebut benar-benar wujud adalah dengan menyemak profil perniagaan melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menyemak nombor perniagaan ataupun syarikat adalah sangat mudah dan percuma sahaja melalui kaedah atas talian (online).

Untuk melakukan semakan ini anda perlulah terlebih dahulu mendaftar di SSM e-Info

Dalam panduan ni saya tunjukkan kaedah untuk  menyemak nombor perniagaan

Untuk pengguna yang telah berdaftar boleh terus login melalui pautan ni Login SSM e-info dan boleh terus ke langkah menyemak.

Bagi yang belum berdaftar ikuti langkah dibawah dahulu.

Cara Mendaftar:

Klik pada link https://www.ssm-einfo.my/index.php?id=register

Isi pada borang pendaftaran pada username, password, email dan image verification. Kemudian tandakan pada terms of service dan klik submit.

Setelah pendaftaran selesai anda boleh login pada ruangan login setelah pendaftaran selesai ataupun melalui pautan ini .

https://www.ssm-einfo.my/index.php?id=login

 

 

Setelah login anda akan dapat lihat page seperti dibawah pilih Search.

Pada ruangan “By Registration Number” ni masukkan nombor pendaftaran perniagaan ataupun syarikat contohnya nombor perniagaan 002178461-X masukkan 002178461 sahaja.

 

Anda juga boleh menyemak melalui kaedah “By Name” iaitu dengan memasukkan nama perniagaan ataupun syarikat sebagai contoh masukkan “Mahadir Network Enterprise” turut akan keluarkan keputusan yang sama.

 

 

 

3 replies to this post
  1. Cannot enter ssm einfo despite entering all the correct information.

    The system repeatedly say “incorrect verification code” .

    I have entered the correct case sensitive verification code many times and double check the login and pass.

    Is the system down or error? Do check and post an update.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA