Home Umum Cara menyemak Baki dan penyata kad Touch n Go

Penggunaan kad touch n go merupakan salah satu sistem yang sangat disenangi oleh saya, sebabnya tak perlu beratur panjang untuk beli tiket atau bayar tol dan juga yang paling penting malas nak berurusan dengan menggunakan duit cash ni sebab sejak kebelakangan duit syiling dah makin bertimbun sebab asyik tiket harga ada sen-sen.

toucngo_cards

 

Jadi dalam semua perkara yang melibatkan penggunaan duit ni saya amat pentingkan penyata atau bahasa orang putihnya “statement” sebab takut ada silap transaksi, kena tipu ke, ada cas lebih dan nak tau la banyak mana dah berbelanja. Mana la tau kalau ada orang yang tak bertanggungjawab bina alat yang boleh touch kad ni dari jarak jauh.hehe. Abis duit kering nanti.

Selain itu, dengan penyata atas talian, kita juga boleh semak baki kredit dalam account. Cuma sekarang ni tak boleh reload je atas talian, kalau nak juga kena beli alat dia. Tapi pada pendapat saya tak susah pun kalau nak buat boleh reload atas talian cuma perlu setkan semua mesin yang menyentuh kad ni boleh reload jadi bila transaksi reload atas talian berjaya, sistem pangkalan data akan kemaskini baki akaun, jadi bila kad disentuh pada mana-mana mesin touch n go ni automatik la dikemaskini, tapi ni pendapat je la memandangkan sistem touch n go ni tertutup jadi tak tau macam mana proses sebenar algoritmanya. Walaubagaimanapun saya jangka konsep NFC lebih  praktikal dengan menggunakan kad debit.

Untuk anda yang ingin membuat semakan boleh daftar kat sini => http://e-services.touchngo.com.my/e-Statement/register.cfm

Daftarnya senang je tapi mungkin ambil masa paling awal pun 24 jam untuk akaun diaktifkan, jadi kena tunggulah sekejap selepas daftar.

Bila akaun sudah diaktifkan anda akan dapat email dari tocuh n go. Untuk login ke akaun penyata ni boleh layari pautan ni => http://e-services.touchngo.com.my/e-Statement/index.cfm

Setiap transaksi yang anda buat akan dikemaskini selepas 24 jam, jangan lepas touch terus semak pula.

touchngo_transk

 

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA