Home Programming PHP Cara membuat Auto Retweet menggunakan PHP dan Cronjob

Pernah dengar auto retweet? Bunyi macam menarik kan, sebenarnya akaun twitter saya pun menggunakan kaedah ni sudah setahun lebih. Tujuannya bukan apa untuk menyebarkan tweet yang bermanfaat sahaja :), selain dari dapat tingkatkan jumlah tweet  pada profile.

Apa yang anda perlukan adalah:

1. Web hosting /server yang mempunyai sokongan PHP dan juga Cron job. Boleh dapatkan melalui plan hosting Mahadir Network sekiranya tidak ada.

2. Akaun twitter dan juga target akaun yang ingin di akaun di retweet (pastikan akaun target ini aktif dan kerap mengirim tweet)

Langkah pertama daftar aplikasi Twitter disini.

Isikan nama aplikasi mengikut pilihan, tak perlu memilih sangat sebab aplikasi ni hanya akan digunakan oleh anda sahaja.

twitter1

Setelah selesai klik button “create your twitter application” kat bawah sekali.

Pergi ke tab “setting”  tandakan “Read, Write and access direct message” kemudian klik “Update this Twitter application’s settings”.

twitter2

Selepas itu pergi pada tab “details” klik button “Create my access token”

twitter3

 

 

Setelah selesai, pergi semula ke bahagian “details”. Salin

  • Consumer key
  • Consumer secret
  • Access token
  • Access token secret

 

Download script ni

Edit pada file twitter.php

<?php
include_once('twitteroauth.php');

$twittertarget  = 'mahadirlab';
$consumerKey    = 'VBFNJgA36QAEGC2FGQxxx';
$consumerSecret = 'aqQqryIUB9J2q1YCoudaosjecQE7zJHGZhHixxx';
$oAuthToken     = '251107054-wFTJVV1xo32nsWb6EALJbWSLud7K4iQnt25o1xxx';
$oAuthSecret    = 'ns90BCHQZmgUzN7KWtRRnkkNZmg7gUAQt0bN1GD9xxx';

 

 

Ubah nilai $consumerkey, $consumersecret, $oAuthToken dan $oAuthSecret dengan nilai yang telah anda salin pada aplikasi twitter tadi.Ubah juga nilai $twittertarget kepada akaun target yang aktif.

Upload kesemua file kedalam web hosting, cuba akses file tersebut menggunakan http://domain.com/nama_folder/twitter.php . Kalau tiada error yang keluar dan juga tweet berjaya di post teruskan untuk setkan proses ini secara automatik setiap hari.

Pada cPanel Cron Jobs, tambahkan cron yang baru sehari sekali. dengan command

php -q /home/your_username/public_html/your_folder/twitter.php

cronjobs

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA