Home Android Cara Masuk ke Download Mode Samsung Galaxy S2

Memasuki mode download secara manual menggunakan kombinasi button adalah sangat senang dan anda seharusnya mengetahui teknik untuk memasuki mode ni tanpa berharap sepenuhnya menggunakan apps.

Mode download  ini terdapat 2 mode, iaitu Odin Mode dan juga Factory Mode. Odin Mode merupakan Mode pada awal pengeluaran firmware Galaxy S2 dimana bootloader pada mode ini tidak disekat yang membolehkan pengguna untuk menghapuskan jejak custom binary.

Manakala mode factory merupakan mode yang  diperkenalkan oleh Samsung untuk versi terbaru pada  versi firmware akhir Gingerbread mereka pada Galaxy S2 dan sehingga ke versi Jelly Bean, mode ini hanya membenarkan proses kemaskini dan muat naik file binary sahaja.

Untuk memasuki Mode Download, langkah pertama anda perlukan matikan peranti S2.

Kemudian tekan kombinasi button POWER+ HOME + VOLUME DOWN

s2_empty_screen

Apabila cara yang dilakukan betul, peranti S2 anda akan memaparkan skrin seperti dibawah menunjukkan ia telah berada dalam mode download.

odin_mode

Sekiranya peranti tidak memaparkan skrin seperti diatas dan hidup seperti biasa, matikan telefon dan ulang semula proses.

P/S: Anda mungkin perlu melepaskan button POWER apabila skrin mula memaparkan Samsung Galaxy S2 tetapi kekalkan menekan button HOME dan VOLUME DOWN.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA