Cara lepasi Laman Web Yang Kena Block
Saya nak kongsikan kaedah untuk lepasi/ bypass laman-laman web yang disekat macam Youtube,Facebook, laman web File Sharing (Megaupload.com), dan sebagainya.
Kaedah untuk lepasi sekatan laman web ini menggunakan kaedah proxy iaitu menyambungkan komputer anda ke komputer lain seterusnya IP address anda akan berubah ke komputer tersebut. Ia juga akan buatkan anda sebagai anonymous semasa berada di internet.
Lihat contoh di bawah sebelum dan selepas saya aktifkan proxy ni.
Gambar di atas merupakan screenshot sebelum sambungan proxy dibuat. IP address saya adalah seperti yang ditetapkan oleh Internet Service Provider (ISP) iaitu lokasi berada di Malaysia. IP address tersebut mengandungi maklumat lokasi dan maklumat saya. Jadi Saya telah tutup separuh sedikit atas hal keselamatan :) .
Screenshot di atas pula menunjukkan maklumat setelah saya aktifkan sambungan proxy. Nampak tak IP address saya telah bertukar secara sepenuhnya ke IP yang baru. IP tersebut berada di United States (US). Jadi segala segala aktiviti saya di internet adalah berpandukan IP tersebut dan tiada pihak yang mampu mengesan lokasi sebenar saya. Jadi itulah yang dimaksudkan dengan anonymous.
Anda juga boleh buat ujian IP address ini di laman web berikut
Cara Untuk Buat Sambungan Proxy
Baiklah tanpa bercakap panjang lagi, saya akan tunjukkan caranya. Setiap pelayar internet (internet browser) juga boleh di set menggunakan proxy ni tapi saya akan tunjukkan cara yang lebih mudah dengan menggunakan UltraSurf
Jadi terlebih dahulu anda perlu muat turun perisian UltraSurf di laman web pembangunnya.
www.ultrareach.com/download_en.htm
Bagi pengguna Mozilla Firefox anda perlukan addon tambahan untuk gunakan UltraSurf. Muat turun disini. Setelah muat turun, unzip dan drag-drop pada window Firefox, Atau melalui menu File->Open File . Setelah itu pilih install untuk pasang addon tersebut.
Sebaiknya untuk muat turun Ultrasurf tadi pilih yang executable (*.exe) supaya tidak perlu untuk Unzip. walaubagaimanpun sekiranya anda ingin jimat bandwidth boleh pilih yang zip.
Setelah selesai muat turun jalankan file tersebut (run,execute). Satu window Ultrasurf akan muncul, anda hanya perlu tunggu untuk ia berjaya sambung ke server proxy. Tiada setting tambahan diperlukan kecuali anda ingin buat tetapan proxy yang lain atau ingin hilangkan icon mangga kuning. Untuk hilangkan mangga warna kuning tu hanya perlu ke option->hide golden Lock.
Setelah status pada window tersebut menunjukkan ‘successfully connected to server’ anda sudah boleh melayari laman web yang disekat secara anonymous (bagi pengguna Internet Explorer dan Chrome)
Untuk pengguna Firefox anda perlu ‘Enable’ terlebih dahulu untuk gunakannya. Cara pada bahagian kanan bawah window Firefox anda klik pada WJ Disabled untuk aktifkan proxy.
Nampak tak sesenang ABC saja untuk anda bypass sekatan tersebut. Namun mungkin satu hari nanti proxy ini akan di block juga jadi dapatkan update terbaru dengan langgan suapan RSS blog ini melalui email anda agar tidak ketinggalan artikel terbaru.
Hanya perlu klik pada link ini untuk langgan artikel. Ia juga semudah ABC saja. Pastikan anda buka email anda untuk sahkan langganan.
Thanks sharing teknik ni…
tukar DNS saja dh bole lepas sekatan.
Kelebihan proxy adalah dari segi Anonymous IP… saya juga ada tulis tutorial berkenaan tukar DNS tu..
http://www.mahadirlab.com/panduan-lepasi-sekatan-…
:|
My recent post Blog saya menang dari segi SEO vs 2daybloggercom
tak jadi pun…lepas aktif WJ Enable dlm firefox (ultrasurf tgh on) website terus takleh surf…
emm ada idea nak buat cara lain tak?
mungkin ultrasurf tu masih 'not connected to server'… Keadaan ni boleh berlaku kalau server proxy tu ada problem.. cuba check dulu benda ni…
;)
My recent post Contoh Resume Untuk Interview Scholarship
thanks so much
ok..no problems..
My recent post Contoh Resume Untuk Interview Scholarship
mahadir, sy guna smlm boleh, tp hari ni dah xboleh balik bile bukak page megaupload.com. knp ya? ade cara lain x?
Mungkin boleh cuba ubah DNS… try yg nie..
http://www.mahadirlab.com/panduan-lepasi-sekatan-…
My recent post Cara Jana Duit Percuma Melalui Survey
Info yang sangat berguna di dalam kitaran dunia yang dipenuhi dengan org atasan yg sangat kolot
tak bole ponn .kene block time nk d.load ultrasurf.tade cara lain ke ??
Cuba dapatkan link download dari laman web lain contohnya dari 4shared.. http://www.4shared.com/file/h4IDjyhb/New_potable_…
KENAPA GUA NK BUKA FACEBOOK DEKAT LAPTOP XBLEH,DEKAT LAPTO LEN BOLEH,NAPE BOSS
Mungkin ada program yg telah block connection ke Facebook pd laptop tu..
thanks ya…
ceh… takleh aarr…da bukak da http://www.ultrareach.com/download_en.htm … bile download je kene block.. departmen it kua aja tul…
boleh download ultrasurf kat 4shared
Terbaek la bos..cara nak hack password wifi ada x bos..ble share x.sharing is caring.
tetiba je ultrasurf terputus dari server bila nk loading,ada x cara nk bg dia still connect ngan server
selain guna proxy software.. cuba guna browser proxy..
http://piratebaymalaysia.com/
sy nak tanya, seblum ni guna ultra surf, tak da mslh pun..pastu skang ni tak boleh pulak..napa eh? harap dapat jawabnya.. ^_^
Boleh saya tahu ada error tak keluar masa anda gunakan ultrassurf tu?
Assalamualaikum..hi..mahadir. kyra here.. i nak bertanya ..bagaimana cara untuk mendapatkan semula facebook yang deactivate.. kawan i dengan sengajanya deactiveate laman sosialnya, sng crite..xboleh buka lgsung..dan skrg i cube untuk mendapatkanya kembali.. adakah ianya mustahil? TQ…
Login saja menggunakan maklumat sebelum diactivate.
thanks awak…mmg berkesan
ip static/fixed ip..da guna cara kat atas dan penah cuba tukar google dns yang 8.8.8.8&8.8.4.4 tp xbole jugak masuk kat web yg kena block..ada cara lain x?
Certain internet provider memang tak boleh contohnya celcom broadband
saya dah guna ultra surf,tapi bila loading,status dia fail…so nak buat macam mana ye..
Rasanya ada setting firewall yang menghalang ultrasurf tu.. cuba guna vpn + ultrasurf
Salam.. Saya nk minta tolong cikit ya kawan sblm ni saya on internet gunakan wifi kilang. Saya akses gunakan opera mini 7.03. Semuanya berjalan lancar. Tapi sekarang dah kena blok dengan kilang. Kalau sya on opera mini guna wifi tpt lain ok ja. Tp kt kilang x boleh. Ada cara tak nk lepasi sekatan ini? Harap sangat pertolongan ini. Wifi kilang saya boleh buka. Tapi opera mini dah tak boleh buka dah.
Maksudnya nak lepas masuk ke laman web apa?
Salam tuan, nak tanya lepas guan ultra surf nie(dah exit),nak surf internet tanpa guna ultra surf tak boleh?kenapa yer..sy dah try suggestion dr google chrome supaya pegi kat lan setting dan edit kat situ tapi masih tak dapat guna?
kena set balik proxy kat setting browser.
salam mahadir, saya nak tnya mcmna nak hilangkan golden lock kat fb, sblum ni da guna https…ok..tba2 kerap pla muncul golden lock tu, icon mngga lock hijau tu tak de…dah guna cclean..clear cache smua, still mcm tu juga…saya on9 guna clcom brodband dn pngguna chrome, buka you tube, n etc ok je….bila login fb je trus golden lock tu muncul…harap dapat bntu…n lagi satu, nak protect email yahoo bole guna https juga ke?makaseh~
saya tak nampak macam mana pulak golden lock kat fb.. golden lock tu akan muncul kat atas tray menu kanan lepas run ultrasurf. so bila ultrasurf exit golden lock juga akan hilang.. biasanya penyedia email mmg menggunakan secure connection https untuk login email mereka.saya tak pasti yahoo tapi gmail mmg secara default https.
salam,saya nak tanya bagaimana nak hilangkan golden lock yang tertera dkt fb, dah try guna cclean tuk hilangkan cache n etc,tapi tak berhasil. apa masalahnya,harap boleh tolong sangat, saya dah enable tuk Https, kejap je pastu slalu kuar golden lock,buka you tube dan lain2 ok je pun. lagi satu ada tak cara nak protect email yahoo dari d hack? makaseh!~
Salam. Ni sparkx kembalh. Ok, hri 2 abg tya mksdnya nk msuk laman web apa? Sya nk msuk fb @ laman sosial n hburan suma x bleh. Pendek kata bila buka opera mini pakai wifi kilang ja naik pkataan DISEKAT OLEH OPERATOR. Harap sgt ptlgan abg
So maksudnya guna Mobile la ni. Saya cadangkan guna proxy untuk bypass. Saya pernah bypass Barracuda web filter guna cara proxy ni. Kalau ada yang request saya tulis tutorial.
eh, masa guna https. pastu ada icon mangga lock kaler hijau. tetibe dah tak de icon tu, tapi yang ada icon mangga ngn triangle kuning kat box https, saya cek info dia kata tak secure. saya guna chrome.. golden lock tu lain eh, ingat kan sama.maaf. saya tak tau sgt, tu yang nak tnya..
Hai,
FB saya tak blh buka…bila log in kuar “Please complete a security check”
No verification methods are currently available. Please come back later.
I need help. continue
mula2 kuar picture to confirm who tagging lps teka asyik salah jer…
mcmmana nak buat nie…
Ini sebab anda enable login verification.. Cuba login cara biasa tanpa guna proxy or vpn
Slm tuan. Sy pn kena macam ni. Fn xboleh bukak da 3hari.. :( tibe2 je fb logout from all personal devices. Bile nk login blk die suh verify tp last2 die kuar page same no verification method available bla bla. Tekan continue die still kuar page y same mmg da cube mcm2 still xleh login. Knape ye. Sshla klu kna buat fb br… :'(
salam tuan, sy guna pc office n line office bkn berukbank, dulu saya guna https:// untuk lepas block pastu kene sekat lagi, saya guna lak ultrasurf BOLEH LA..PASTU KENE BLOCK LAGI… sampai sekarang dh x dpt buka web2 sosial atau download2 ni…. cara dns tuan pn saya dh cuba buat..still xleh gak…. ada cara lain lagi x?
salam.mahadir sya student kat satu pusat ipts..wifi yg digunakan disini oleh kmi kat sini…ok tp prob nya banyak laman web yg kena block..nk main game fb pon ada filtering..senang cita semua web yg laqa hahhaha semua kena filtering…so mcm mana nk elak kan kena filtering tu??harap bro dapt bg jawapan…..
boleh guna VPN untuk bypass
salam mahadir minta tolong selesaikan masalah facebook tak boleh buka,apa yg diminta ialah mengesahkan dan nama.tetapi saya ingat.boleh tak tunjukkan cara untuk selesaikan nya,….
Boleh send kat facebook gambar IC untuk verify
https://www.facebook.com/help/contact/?id=183190208381429 account tu anda punya.
salam mahadir..saya guna ultrasurf, tetapi fb saya setiap pic lam fb tak kuar gambar, kuar kotak kosong je..kenapa ek
Salam… Mahadir, macam mana cara untuk bypass block dari dongel yes YTL yg kena block tuu… Bukan setakat facebook, kebanyakkan aplikasi chat pun tak dapat nak masuk websitenya… Nak download software bypass banyak yg tak bleh… Cara yg ditunjukkan oleh Mahadir semuanya tak menjadi… Sebelum nie sy guna surfeasy vpn ok… Tapi skarang dah tak bleh… Nak masuk vpn pun lembab… Website langsung tak bleh masuk kalau guna vpn tersebut… Semoga Mahadir dapat membantu sy… 012-4960063(sms @ call sy)… Terima kasih….
salam mahadir,macam mane nk bukak youtube yang dh kene block oleh https block