Home Android Cara lajukan GPS Lock Samsung Galaxy S2 i9100g

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya percaya tentu ada yang pernah merungut kerana betapa lambatnya sambungan ke satelit pada telefon Samsung Galaxy s2 ini. Walhal harganya mahal ada yang tak kena ke dengan phone aku ni.

begitulah antara  apa yang saya pernah fikir masa baru-baru beli telefon Samsung Galaxy s2.

Disebabkan masih lagi ramai yang bertanya kepada saya kenapa kena tunggu berminit-minit hingga ada yang sampai 10 minit baru boleh gunakan apps Papago maka sekali lagi saya tulis artikel tapi dengan lebih sedikit khas untuk kita pengguna “S2 g”. Anda boleh lihat juga cara secara umumnya disini Cara atasi masalah Lock GPS (android) .

Untuk root user, ataupun yang telah memasang ClockWorkMod  (CWM) Recovery, flash file dibawah terlebih :

Flashable Asia    (Untuk yang tinggal si Asia sahaja )

Kemudian ikut langkah berikut:

1. Pastikan GPS dihidupkan dahulu.

2. Selepas itu, hidupkan packet data (internet)

3. Pastikan anda tidak berada dalam kawasan yang tertutup (seperti dalam bangunan atau rumah). Sebolehnya keluar dahulu dari kenderaan. Sekiranya kenderaan tengah bergerak berhentikan dahulu.

4. Jalankan apps GPS Status (muat turun disini: https://market.android.com/details?id=com.eclipsim.gpsstatus2 )

5. Apabila position latitute dan longitute muncul (3- 20 saat) . Sekiranya masih tidak muncul dalam masa yang terlalu lama tekan soft menu, tools –> Manage A-GPS state. Reset dan download semula.

6. Buka apps Papago. Tunggu sehinggga signal satelit berkelip-kelip hilang. Biasanya tidak lama sebab kordinat GPS telah dimuat turun (dalam 5 saat begitu)

7. Anda sudah boleh tutup packet data dan selamat memandu.

 

Soalan yang sering ditanya serta jawapannya (FAQ)

1. Apa maksud ikon satelit berkelip pada Papago?

Maksudnya telefon anda masih tidak bersambung lagi ke satelit (GPS lock)

2. Kenapa ambil masa lama sangat untuk GPS lock?

Saya tak tahu.Kemungkinan masalah device. sebab saya cuba pada Galaxy s plus laju je.

3.Berapa lama Mahadir (saya) ambil masa untuk lock GPS pada Samsung Galaxy s2 i9100g ?

Saya sebenarnya tak pernah la set masa kira. Tapi secara purata dalam 5- 20 saat.

4. Nak guna GPS ini Papago sahaja ke?

Tak. Masih banyak lagi apps yang boleh gunakan GPS. Contohnya endomondo. Saya akan guna apps ni bila jogging untuk kira jumlah kalori dan jarak jogging.

1 reply to this post
  1. apa maksud dgn bila latitude dgn longitude muncul? xda pun… flashable asia tu nk buat mcm mna?? lpas download msukkan dlm phone ker??

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA