Home Umum Agama Cara kira waktu solat dhuha dan kaifiyatnya

Mengikut syarak, waktu solat Dhuha berlaku apabila matahari tinggi segalah.

Ini ditafsirkan secara astronomi sebagai waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu syuruk dan Subuh.

Secara purata waktu solat Dhuha adalah 28 minit selepas waktu Syuruk.

Pengiraan boleh dibuat seperti berikut

Waktu Dhuha = Waktu Syuruk + 1/3 (waktu syuruk – waktu Subuh)

dawn

Kaifiyat (cara-cara) melakukan solat Dhuha

Saayidatina ‘Aishah berkata: Adalah Rasulullah S.A.W. sembahyang sunat Dhuha empat rakaat dan dia menambah seberapa yang ia kehendaki.

Sekuranya-kurangnya sembahyang sunat Dhuha dua rakaat, selebihnya empat rakaat dan lapan rakaat.

Waktu solatnya pula adalah pada waktu Dhuha bermula sehingga waktu tegak dan gelincir matahari.

Niat solat sunat Dhuha:

“Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala”

Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha, rakaat kedua baca surah Al-Fatihah dan surah Al-Lail.

Doa,

“Wahai Tuhan, sesungguhnya waktu Dhuha waktu Dhuha-Mu, cahayanya cahaya-Mu, kekuatan-Nya kekuatan-Mu, wahai Tuhan rezekiku ada di langit maka turunkannya, jika ada di Bumi keluarkannya, jika adanya jauh perdekatkannya, dan jika ada hampir permudahkannya dengan kebenaran Dhuha-Mu, cahaya-Mu, kekuatan-Mu dan kesucian-Mu, berikanlah kepadakuku sebagaimana Kamu berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”

 

Rujukan:

1. Seminar Falaq Syarie Penentuan waktu Solat dan Zon Waktu oleh Wan Kamel Bin Wan Hussin

2. Qiamullail Doa Dan Amalan Rasulullah S.A.W. Jabatan Agama Islam Selangor

 

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA