Cara Jana Duit Percuma Melalui Survey
Untuk entri kali saya ingin pula tunjukkan kepada anda satu survey/kaji selidik yang boleh membantu sebagai pendapatan sampingan. Selain itu, tutorial sebelum ini iaitu Cara Daftar Paypal dalam masa 5 minit dapat digunakan kerana anda perlukan akaun paypal untuk tebus mata dari survey ni.
Sebenarnya entri ni ditulis kerana baru-baru ini saya telah menerima bayaran dari survey tersebut seterusnya telah buktikan ia bukanlah TIPU atau SCAM, lihat bayaran yang saya terima selepas kali pertama berjaya mengumpul mata sebanyak 520. Gambar di bawah merupakan email pemberitahuan bahawa saya telah menerima bayaran.
Email penerimaan bayaran RM 5 dari Paypal
Ini pula semasa saya menerima bayaran RM 10
Berikut pula screenshot yang saya ambil apabila login akaun paypal saya.
Apa yang lebih menarik tentang survey ini adalah jumlah minimum untuk penebusan adalah RM 5 sahaja dan yang lebih menarik lagi jumlah itu kebiasaanya boleh diperolehi dengan hanya satu atau dua survey sahaja.
Baiklah sekiranya anda seperti saya mempunyai masa terluang untuk menjawab kaji selidik saya galakkan anda untuk sertai survey ini. Caranya mudah sahaja klik link dibawah, anda akan dibawa ke laman web untuk daftar survey itu (new tab/window).
Daftar survey
Setelah itu, isikan maklumat pada ruangan pendaftaran seterusnya tekan button “submit“. Langkah terakhir semak email anda untuk pengesahan pendaftaran.
Setelah pendaftaran selesai anda akan menjadi ahli yang sah. Walaubagaimanapun, saya nasihatkan anda untuk menyemak email dan akaun anda setiap hari untuk tidak terlepas survey terkini kerana sekiranya terdapat survey terbaru ahli akan dimaklumkan melalui email dan kebiasaanya terdapat had untuk setiap survey jadi anda perlu segera agar tidak terlepas.
Apa yang saya ingin tegaskan disini bukan semua survey anda layak untuk menjawabnya kerana faktor umur,pekerjaan, pendapatan dan sebagainya tetapi anda tetap diberi dalam lingkungan 30-80 mata (RM 0.30 – o.80) sekiranya survey itu tidak layak untuk anda. secara ringkasnya panduan menjawab survey adalah seperti dibawah
Setelah jumlah mata anda mencecah 520 atau lebih anda hanya perlu pergi ke bahagian “Menebus markah” dan pilih nilai tebusan yang ingin dibuat.
520 = RM 5
1020 = RM 10
5050 = RM 50
10050 = RM 100
yang tak best. fee yang dikenakan bila guna paypal. melampau betul. :)