Home Software dan Komputer Cara Guna Software Trial Selama-lamanya

Saya tulis artikel ini lanjutan daripada artikel sebelum ni iaitu Tutorial menggunakan Faronic Deep Freeze. Sebenarnya saya juga menggunakan software Deep Freeze (DP) untuk laptop saya, jadi disini saya ingin katakan untuk menggunakan DP tidak semestinya hanya pada siber kafe atau komputer awam. Personal use pun tak ada masalah. Jadi saya ingin kongsikan sedikit kelebihan mengapa saya memilih deep freeze dipasang pada laptop saya.

Seperti yang saya ceritakan pada artikel sebelum ini yang DP mampu meringankan beban anda untuk menguruskan komputer. Sebenarnya memang pun, saya ini maklumlah bukan orang yang rajin sangat untuk mengemas file-file dalam laptop saya terutama bila download file-file dari internet untuk cuba-cuba then malas nak delete dan uninstall balik. Selain itu masalah seperti disk defragment dan check disk yang memakan masa kadang-kadang satu malam untuk disiapkan tak perlu lagi saya lakukan dengan menggunakan Deep Freeze ni. Senang kan hidup. :)

Ok straight to the point, apa yang paling best kalau guna  DP ni adalah anda dapat menggunakan software trial untuk selama-selamanya. Ini bukan cerita tipu tapi pengalaman saya selama satu tahun lebih gunakan DP dan kebanyakan software trial yang saya download pada tahun lepas masih boleh digunakan sampai sekarang. Contohnya, SmartFTP Client trial full function selama satu bulan dan saya install software ini pada awal tahun lepas dan sampai sekarang saya masih boleh gunakannya. Sama juga seperti Internet Download Manager (IDM) turut 30 hari trial dan saya juga telah gunakannya sejak tahun lepas lagi. Menarik bukan, cuma IDM ni saya tak install permanent pada hard disk saya install dalam keadaan frozen mode jadi setiap kali selepas restart saya perlu reinstall balik.

Tapi bukan semua software berkesan apabila menggunakan trick ni, saya akan terangkan kemudian kenapa. Misalnya software trial dari serif tidak boleh menggunakan teknik ni dan juga software-software lain yang menggunakan key pada registration trial.

Saya juga seorang developer program jadi saya tahu sedikit sebanyak trick yang digunakan oleh developer-developer program trial. Dalam konsep full functional dan diberi secara trial kepada pengguna akan mendedahkan kepada risiko software itu di crack sebab semua fungsi telah lengkap cuma diletakkan dengan perlindungan masa. Apabila cukup 30 hari software ini akan mengelak pengguna dari terus menggunakan software tersebut. Tapi kalau anda crack menggunakan ollydebug dan sebagainya dengan teknik bypass masih boleh dilakukan tetapi zaman ini dengan kewujudan packer dan compressor seperti ASPack yang begitu canggih dalam mengelak proses bypass ini akan menyukarkan kerja anda untuk crack. Software trial biasanya akan menulis maklumat pada registry atapun file-file tertentu secara tersembunyi sewaktu installation, kandungan maklumat itu biasanya adalah count down atau tarikh installation dilakukan dan kebanyakannya dalam bentuk encrypted. Setiap kali anda run software tersebut ataupun dalam interval tertentu  ia akan menyemak semula maklumat tersebut dan lakukan perbandingan dengan tarikh pada komputer, jadi sekiranya tarikh pada komputer telah mencapai had sebagai contoh 30 hari ia akan menghentikan anda daripada terus menggunakan dan meminta anda untuk purchase software tersebut. Dan yang pasti walaupun anda uninstall software itu maklumat tersebut tidak akan dibuang dari komputer anda jadi anda tidak akan dapat menggunakannya walaupun esok atau lusa anda memasang kembali software tersebut. Ini merupakan salah satu teknik yang digunakan oleh software developer tapi masih banyak lagi cara yang lebih advance sebagai contoh menggunakan registration key pada software trial.  Registration key itu sebenarnya adalah maklumat tempoh waktu ia akan tamat  tapi dalam bentuk yang disembunyikan.

Baiklah tadi saya ada cakap yang software trial ini ada yang menggunakan kaedah menyemak tarikh (secara direct) jadi sebenarnya selain menggunakan Deep Freeze yang pasti juga perlukan anda untuk mengeluarkan duit, masih ada software percuma yang membantu anda untuk memanipulasi masa komputer anda (selain secara manual) iaitu Time Stopper.

time-stopper

 

Anda boleh download Time Stopper di download.cnet.com

Install software ini dan cara untuk gunakannya adalah sangat mudah iaitu:

  1. Pilih file executable (exe) software yang anda ingin hentikan masanya.
  2. Tetapkan masa baru sebagai masa yang akan dilihat oleh software trial tersebut.
  3. Tekan button ‘create desktop short-cut’.
  4. Run software trial tersebut melalui shortcut tersebut.

 

Walaubagaimanapun tidak semua software trial yang akan tertipu dengan manipulasi masa ni. jadi anda boleh mencubanya dan lihat mana yang boleh dan mana yang tidak boleh.

p/s :  Mungkin antivirus PERCUMA anda akan mengesan Time Stopper ni sebagai ancaman (jadi guna atas risiko anda) tapi saya telah lakukan scanning di virus total dan semua antivirus di situ tidak mengesan sebarang ancaman. Lihat laporan tersebut.

6 replies to this post

Leave a Reply

In an effort to prevent automatic filling, you should perform a task displayed below.