Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda sudi menjadikan email saya sebagai salah satu email list anda. Pada page khas yang saya tulis ini saya akan tunjukkan pada anda bagaimana untuk pastikan setiap email update ataupun tawaran khas yang dihantar oleh saya kepada anda tidak akan masuk ke folder spam ataupun junk.
Tujuannya untuk pastikan anda tidak akan ketinggalan perkara-perkara penting pada setiap email yang dihantar oleh saya.
Baiklah untuk itu saya pecahkan tutorial ini kepada tiga bahagian, iaitu bagi pengguna gmail, hotmail dan juga yahoo mail. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan email selain daripada yang dinyatakan sila maklumkan kepada saya untuk mendapatkan kaedah pencegahan SPAM ini.
Anda boleh memilih mana-mana tutorial berdasarkan perkhidmatan email yang anda gunakan.
Langkah 1 : Login ke akaun anda.
Langkah 2: Klik pada ‘Create a filter‘ . Ada pada bahagian atas disebelah search form.
Langkah 3: Satu borang filter akan muncul. Isikan [email protected] pada ruang ‘From‘ kemudian tekan ‘Next Step’ .
Langkah 4: Borang yang terakhir akan muncul seperti gambar dibawah, tandakan ‘Never send it to spam‘ dan tekan pada button “Create Filter” .
Langkah 1: Login ke akaun hotmail anda.
Langkah 2: Klik pada ‘options‘. Berada diatas kanan. Kemudian klik pada ‘More options…‘
Langkah 3: Satu senarai options akan muncul, cari ‘Safe and blocked sender‘ kemudian klik padanya.
Langkah 4: Klik pada ‘Safe senders‘
Langkah 5: Pada ruangan Safe Senders ini isikan [email protected] kemudian klik pada button ‘Add to list‘ .
Langkah 1: Login ke akaun anda
Langkah 2: Klik pada ‘Options‘ yang berada di sebelah kiri atas akaun anda. Kemudian Klik ‘Mail Options‘ .
Langkah 3: Pada bahagian Option, pilih ‘Filters‘ kemudain ‘Add Filter‘ . Rujuk pada gambar dibawah.
Langkah 4: Isikan pada bahagian ‘Filter name‘ Mahadirlab
Pada bahagian sender isikan [email protected].com dan tandakan pada ‘Sender match case‘
Klik pada ‘Save Changes‘