Home Umum Cara BERJAYA mohon akaun Google Adsense

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada entri sebelum ini saya ada tulis berkenaan Adsense Vs Nuffnang dan berkenaan janji saya untuk berkongsi bagaimana saya berjaya mohon akaun Adsense dengan sekali permohonan dan dalam masa hanya 5 hari.

Sebenarnya ketika itu saya tidak pernah pun baca tentang teknik-teknik untuk memperolehi akaun Adsense ini sebab cuba-cuba saja ditambah pula ketika itu saya baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ni, Alhamdulillah  kerana akaun saya diterima.

Masa saya mohon google adsense dahulu saya menggunakan blog hosting percuma sahaja dan menggunakan platform  WordPress. Manakala trafik ketika itu amat-amatlah berbeza dari sekarang kerana hanya berusia lebih kurang satu bulan lebih.

Berikut merupakan antara ciri-ciri  lain blog saya ketika itu masa mengemukakan permohonan,

1. Mempunyai kira-kira 10 artikel 2 daripadanya berbahasa Inggeris

2. Mempunyai trafik kira-kira 50 pengunjung sehari dan mempunyai trafik dari search engine (penting).

3. Artikel yang saya tulis adalah 100% TULEN , bukan disalin dari mana-mana.

4. Bahasa Melayu yang digunakan adalah 100% baku, (Sekiranya gunakan Google Translate memang semua perkataan dapat diterjemah).

5. Dua artikel berbahasa Inggeris tersebut adalah berkenaan 2 WordPress plugin yang saya hasilkan dan kedua-duanya diletakkan pada repository wordpress.org.  (Mungkin ini faktor pemberat).

6. Disebabkan saya masih baru dalam dunia blogging ketika itu memang pengetahuan saya tentang SEO adalah ZERO. Jadi keadaan blog memang tidak dioptimasikan dengan SEO.

7. Tidak ada iklan lain pada blog.

 

Itu adalah antara perkara yang masih saya ingat ketika membuat permohonan, sebenarnya rasa macam ada lagi tapi dah lupa. Walaubagaimanapun apa yang ditulis kat atas tadi hanya mukadimah sahaja kerana apa yang saya buat adalah tidak dirancang dengan teliti . Dan apa yang saya ingin kongsikan sebenarnya adalah tip daripada Joel Comm dan beberapa rahsia mereka yang berjaya.

Kenal tak Joel Comm? Beliau merupakan antara orang berjaya memperolehi 5 digit angka USD dengan Adsense sebulan.

Setelah saya membaca buku yang ditulis oleh Joel Comm ni barulah saya faham cara-cara mengoptimasikan iklan yang dipaparkan  dan berita gembiranya saya akan kongsikan kepada anda sedikit demi sedikit rahsia dalam buku ni.Sekiranya anda tidak berminat untuk membaca apa yang dikongsikan oleh saya boleh juga dapat ebook ini melalui link dibawah:

Adsense Secrets 5

$27   (http://www.mahadirlab.com/adsense-secret)

 

Untuk pengetahuan  juga kebanyakan ebook berbahasa Melayu berkenaan Google Adsense juga diambil daripada idea “Adsense Secret”.

 

Baiklah seterusnya 4 tips untuk BERJAYA memperolehi akaun Adsense

1.  Pilih niche yang mempunyai nilai komersial

Langkah pertama yang perlu dilakukan sebelum menghantar permohonan adalah pilih satu topik baru yang mempunyai nilai komersial. Untuk mendapat peratusan yang tinggi untuk berjaya mendapat ID Publisher Adsense bina satu laman web atau blog baru. Cuba asingkan dengan blog yang lama kerana mungkin ada artikel yang menyebabkan permohonan  ditolak. Contohnya artikel blog pernah disalin ke blog lain atau mengandungi artikel yang disalin. Kedua-dua kes ini menyebabkan blog tersebut sudah tidak unik kandungannya.

INGAT: Setelah anda berjaya mendapat akaun adsense, kod iklan boleh diletakkan pada laman blog anda yang lain, blog baru yang anda buat ini hanya tujuan permohonan akaun sahaja agar mudah diterima.

Lakukan kajian untuk memilih topik yang mempunyai nilai, caranya search pada google topik tersebut, sekiranya keluar ads bermakna topik tersebut mempunyai nilai. Selain itu, gunaakn tools percuma yang disediakan oleh Google seperti Keyword tool dan Google Insight.

2. Bina Platform blogging pada Blogspot

Antara platform blog yang mudah untuk mendapat akaun adsense adalah Blogspot. Jadi tak perlu lakukan pelaburan mahal dengan membeli domain dan hosting.

Setup blog anda seperti biasa dan cuba gunakan tema yang professional agar kelihatan seperti sebuah laman web.

3. Mula isi blog dengan artikel

(Dicadangkan artikel adalah dalam Bahasa Inggeris – untuk tujuan permohonan sahaja)

Mulakan penulisan artikel yang unik serta biarlah artikel yang ditulis mempunyai bilangan perkataan yang banyak antara 350-600 patah perkataan. Kandungan artikel yang ditulis oleh anda akan menentukan sama ada akaun adsense anda diterima ataupun tidak . Lakukan SEO pada blog dan submit url pada google.

Anda juga boleh membeli artikel PLR sekiranya tidak larat untuk menulis.

Pastikan artikel tidak menyalahi mana-mana polisi Google Adsense. Baca disini.

Setelah sekurang-kuranya mempunyai 6 artikel atau lebih baik 10 artikel serta blog telah mendapat trafik daripada enjin carian (terutamanya Google) teruskan dengan langkah terakhir.

4. Mengisi Borang Google Adsense

Untuk itu ana perlu melawati link dibawah untuk

https://www.google.com/adsense/v3/signup

Isi dengan jujur segala maklumat, anda perlukan akaun Gmail untuk menghantar permohonan. Seboleh-bolehnya gunakan akaun Google  yang lama, jangan bina yang baru bagi menunjukkan yang anda telah lama menggunakan perkhidmatan daripada Google. :)

 

Rasanya cukuplah dahulu untuk perkongsian saya kali ini, InsyaAllah saya akan terus berkongsikan rahsia-rahsia adsense ni pada entri-entri yang akan datang sekiranya berkelapangan.

Semoga ia memberi manfaat.

 

1 reply to this post

Leave a Reply to azmanisma Cancel reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA