Home Android Cara atasi masalah Lock GPS (android)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Semangat saya rasa menulis artikel pagi-pagi ni.hehe. Baiklah awal pagi ini saya terima komen dari seorang pengunjung blog ini berkenaan masalah lock GPS. Jadi dalam entri kali saya nak sentuh la sedikit tentang cara untuk cepatkan proses lock ni serta teori sedikit disebalik macam mana ia boleh dicepatkan.

Baiklah mari kita dengar sedikit pasal teori GPS ni, so dah sediakan bantal untuk tidur..hehe. GPS merupakan akronim kepada Global Positioning System merupakan kaedah menentukan koordinat melalui satelit. Penerima GPS melakukan beberapa pengiraan melalui maklumat yang diperolehi daripada satelit bagi menentukan kedudukan seperti

  • Masa bagi isyarat dihantar oleh satelit
  • Maklumat orbital (ephemeris)
  • Maklumat umum berkaitan orbit satelit GPS (almanac)

Maklumat diatas dapat menentukan koordinat pemancar melalui kaedah pengiraan matematik yang dinamakan sebagai trilateration.

Walaubagaimanapun tempoh proses mendapatkan maklumat ini mengambil masa standard antara 30-40 saat memandangkan kadar kelajuan isyarat untuk memuat turun sekitar 50 bit per saat. Memuat turun maklumat aphemeris dan almanac secara terus daripada satelit akan memakan banyak masa.

Selain itu faktor sekeliling turut mempengaruhi penerimaan isyarat daripada GPS seperti di kawasan bandar isyarat mungkin dilemahkan akibat pantulan daripada bangunan, keadaan atmosfera , dinding, dan bumbung. Apabila keadaan ini terjadi sesetengah penerima GPS akan gagal beroperasi akibat isyarat yang tidak jelas serta terpecah berterusan sehinggalah isyarat yang kuat diterima yang mungkin memakan masa sehingga 12.5 minit.

Secara alternatifnya, AGPS singkatan daripada Asisted Global Positioning System diguna pakai. AGPS merupakan kaedah memuat turun maklumat satelit melalui server AGPS kedalam pangkalan data penerima GPS (telefon pintar yang memiliki GPS) dengan kadar yang lebih pantas. Malangnya sambungan internet diperlukan untuk proses ini.

fuhh.. saya yang tulis pun rasa mengantuk teori diatas apatah lagi anda..betul tak. Okay, saya rasa sedikit sebanyak anda mungkin dah faham bagaimana GPS ni berfungsi mungkin dah dapat klue cara nak lajukan GPS lock ni. so, saya tinggalkan sajalah disini anda carilah sendiri macam mana ye.haha.

bagi yang tak dapat klue lagi tu atau tak paham apa yang saya cerita kat atas teruskan baca kat sini (macam tu lak.. haha. Ok gurau je). Apa yang anda perlukan untuk lajukan lock ni adalah INTERNET . tak kisah lah wifi ke 3g ke apa ke yang penting ada internet cukup tapi kalau anda tengah pandu kereta takkan la ada wifi kot..haha.so pakai la mobile internet pelan baru maxis. eh silap pakai yang celcom nye baru semua tempat line clear.

Saya tak pasti Papago ada tak pemuat turun AGPS ni tapi bila saya on data packet rasa macam laju gak dia lock position. Disebabkan saya tak tahu (mungkin kalau saya dapat tahu saya update nanti).

Oleh itu mari sama-sama kita cuba apps yang dinamakan GPS Status. Dapatkan di market melalui link dibawah

https://market.android.com/details?id=com.eclipsim.gpsstatus2

Cara untuk gunanya tekan menu->tools->Manage A-GPS state-> reset . Kemudian pergi sekali lagi ke pada menu tadi pilih download.

Untuk tetapkan GPS status ni muat turun secara tetap dalam lingkungan masa tertentu  pergi ke menu->settings->GPS & sensors -> Auto download AGPS data .

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda cepatkan proses lock GPS . Saya dah mencubanya dan memang saya dapat rasakan kesan pantas proses untuk lock position pada Papago.

Sekian dahulu. Sekiranya persoalan masih timbul ajukan pada ruangan komen ataupun lebih molek pada ruangan forum.

Terima kasih kerana sudi baca..hehe.

3 replies to this post

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA