Home Umum Biodata Bill Gates

Biodata Bill Gates

Saya percaya bila disebut Bill Gates semua orang tahu. Beliau merupakan salah seorang jutawan dunia dan ahli perniagaan yang berjaya. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang banyak memberi motivasi kepada saya selama ini, Oleh itu saya ingin kongsikan juga cerita beliau kepada anda anda, diharapkan berkongsian ini akan buatkan kita sama-sama lebih bermotivasi untuk mencapai kejayaan.

Bill Gates merupakan salah seorang pengasas bersama Microsoft Corporation iaitu syarikat perisian komputer pada tahun 1975 iaitu pada usia beliau 19 tahun bersama Paul Allen. Beliau memiliki wawasan yang sangat jelas dan berpandangan jauh pada masa itu.

Saya mahu menulis perisian komputer, yang merupakan perkara yang amat khusus. Saya tahu perisian komputer akan menjadi industri besar. Saya tidak pasti sama ada saya akan berjaya atau tidak, tetapi saya punya wawasan bahawa komputer akan menjadi alat yang bernilai di atas setiap meja dan akhirnya di setiap rumah

(Bill Gates, 1993)

Begitulah wawasan Bill Gates, beliau seolah-olah dapat menjangkakan revolusi yang akan berlaku terhadap dunia komputer yang pada masa itu komputer peribadi pun masih belum wujud. Dalam usia 31 tahun, Bill Gates telah diisytiharkan sebagai jutawan di Amerika malah telah mencatat sejarah jutawan termuda. Rahsia kejayaan Bill Gates juga didorong  oleh sifat kerja keras beliau sehingga di gelar ‘gila kerja’ dan ‘nerd komputer’.

Bioadata Bill Gates

(Bill Gates bersama dengan Paul Allen)

Bill Gates atau nama penuhnya William H. Gates dilahirkan pada 28 October 1955 di Seattle, pantai barat Amerika Syarikat. Beliau dilahirkan dalam keluarga kaya tetapi tidak pernah menggunakan wang keluarganya dalam hal peribadi. Ibu nya merupakan seorang guru sekolah dan merupakan tokoh yang penting dalam masyarakat Seattle. Bapanya pula merupakan seorang peguam yang tegas dan berpengaruh tetapi tetap memberi sokongan terhadap Bill Gates.

Ketika kecil  (dan juga sehingga hari ini)  Bill merupakan seorang yang agak selekeh. Untuk mengatasi keadaan ini dikatakan ibunya menyusun jadual pemakaian  Bill setiap hari. Perbincangan di meja makan dalam keluarga Gates selalunya ceria dan berbentuk pendidikan yang juga mungkin membantu dalam menjana kejayaan bagi Bill.

Ketika masih kanak-kanak, Bill kelihatan biasa tetapi dari beberapa segi beliau amat berbeza. Pada usia ini juga rakan Bill mengiktiraf beliau sebagai luar biasa. Seorang rakan Bill mengimbas kembali, “Dia tidak pernah merupakan seorang nerd atau si tolol atau jenis kanak-kanak yang anda tidak mahu bersama dalam kumpulan anda. Kami tahu Bill lebih bijak dari kami. Malah pada masa itu, ketika beliau berusia sembilan atau sepuluh tahun, beliau bercakap seperti orang dewasa dan boleh bercakap dalam cara tiada seorang pun daripada kami faham“.

Bill jauh lebih pandai daripada rakan-rakan sekelasnya dalam matematik dan sains. Beliau terpaksa pergi ke sekolah yang memberi cabaran kepadanya. Ibu bapa Bill memutuskan menghantar Bill ke Lakeside iaitu sekolah budak lelaki yang luar luar biasa. Lakeside membenarkan penuntutnya mengikut minat masing-masing ke tahap yang diingini. Sekolah ini berbangga dalam membuat syarat dan kemudahan yang ada yang membolehkan semua penuntutnya mencapai potensi mereka dengan sepenuhnya. Ini merupakan persekitaran yang ideal bagi Bill Gates.

Dana yang di kutip, membolehkan sekolah itu mendapat capaian komputer (Pemproses Data Atur Cara) (PDP)  melalui mesin teletaip. Taip beberapa arahan di mesin teletaip dan beberapa minit kemudian ia akan menaip semula responnya. Bill Gates serta rakannya Kent Evans (sahabat baik beliau ketika itu) dan Paul Allen menjadi ketagih dengan mesin ini. Bila-bila masa lapang, dan kadang-kadang tidak memiliki masa lapang sekali pun, mereka berlari ke bilik komputer untuk menggunakan mesin tersebut. Penuntut-penuntut tersebut begitu obses dengan komputer sehinggakan mengatasi guru mereka dalam pengetahuan tentang komputer. Setiap hari kerja sekolah dihantar lewat, ponteng kelas dan masa komputer juga terbukti merupakan masa yang amat mahal.

Ketika berusia 14 tahun, Bill telah menulis program pendek untuk dijalankan oleh komputer . Program permainan awal seperti Tic-Tac-Toe, atau Noughts dan Crosses ditulis dalam *BASIC .  Salah satu alasan Bill amat handal dalam pengaturcaraan (programming) ialah kerana ia berbentuk matematik dan logik. Keghairahan Bill dan Paul terhadap komputer dan perniagaan turut didorong oleh pembacaan mereka. Paul gemar membaca majalah seperti Popular Electronics, manakala Bill membaca majalah perniagaan. Masa komputer amat berharga kerana Bill sudah mempunyai wawasan tentang apa yang mereka capai dari segi kewangan, kedua-dua mereka mangambil keputusan menubuhkan syarikat mereka sendiri, Kumpulan Pengaturcara Lakeside.

Sebuah firma di Seattle,  Computer Center Corporation, atau digelar C-Cubed oleh Bill dan rakan-rakannya membuat tawaran kepada pihak sekolah agar  penuntut sekolah mendapat capain komputer firma ini. Keghairan mereka menggunakan aturcara PDP menyebabkan sistem aturcara terkandas. C-Cubed mendapat cara penyelesaian dengan memberi masa percuma kepada para penuntut untuk mencari kesilapan atau pepijat (bugs) dalam perisian. Para penuntut bekerja pada waktu malam dengan berjaga sepanjang malam, hidup dengan meminum coke dan memakan pizza dan kemudian pergi ke sekolah keesokan harinya. Keasyikan dan gaya hidup aneh Bill Gates dan Paul Allen pun bermula. Akan tetapi, seperti kebanyakan ahli perniagaan yang berjaya, mereka memerlukan sentuhan tuah untuk benar-benar berjalan sebagai suatu perniagaan.

Ketika berumur 14 tahun, Bill menghabiskan malam dan siangnya tanpa jemu-jemu di komputer. Ibu bapanya mendesak beliau supaya berhenti seketika. Bill bersetuju untuk tempoh setahun (bercuti daripada menggunakan komputer) dan menumpukan pada pelajaran yang banyak telah terabai. Setelah tempoh setahun berakhir, Bill kembali semula kepada keadaanya yang dulu. Namun begitu, cuti itu tidak membuatkan beliau ketinggalan, beliau tetap guru komputer kepada penuntut lain di Lakeside. Beliau menonjol, jika sesiapa bertanya siapa orang pintar yang sebenar di kalangan orang pintar, Bill Gates adalah jawapannya.

Pada tahun 1970 C-Cubed  telah gulung tikar. Bill dan rakannya Kent telah membeli pita komputer C-Cube dan Bill telah membuat urus niaga pertamanya dengan menjual pita ini dengan mendapat keuntungan. Pada masa ini juga Bill dan kumpulan pengaturcara Lakeside telah menulis atur cara gaji bagi syarikat setempat, Information Sciences, Inc. Penglibatan dalam urus niaga sebenar memerlukan syarikat didaftarkan. Ayah Bill yang merupakan seorang peguam telah menjadi penasihat utama dari segi undang-undang kepada syarikat tersebut.

Ketika sebelumnya revolusi Microsoft, pada suatu hari Paul Allen dalam perjalanan ingin melawat Bill. Paul terlihat terbitan terbaru Popular Electronics dengan muka hadapan gambar Altair 8800 . Komputer peribadi yang dijual sebagai kit. Paul dapat melihat ini mungkin permulaan komputer peribadi yang boleh didapati oleh setiap orang. Paul bergegas ke rumah Bill yang ketika itu berusia 19 tahun dan berkata tentang peluang mereka untuk membuat perniagaan.

Syarikat yang membuat Altair ialah MITS. Tuan punya MITS, Ed Robert memerlukan bahasa komputer yang mudah bagi Altair. Bahasa yang paling mudah ialah BASIC. Bill dan Paul memberitahu Robert bahawa mereka mampu menyediakan versi BASIC bagi Altair. Pada masa itu Robert agak tidak percaya kerana tidak ada seorang pun sebelum ini pernah menulis BASIC pada komputer peribadi. Bill dan Paul bekerja siang dan malam untuk menyiapkan BASIC untuk Altair hanya dengan berpandukan gambar dan manual sahaja. Pendapat Robert tentang mereka berdua jelas sekali salah, versi BASIC untuk Altair berjaya disiapkan oleh Bill Gates dan Paul Allen serta berfungsi dengan baik.

Bioadata Bill Gates

Altair dengan BASIC nya berfungsi  merupakan kejayaan yang menakjubkan dalam istilah komputer. Ini juga merupakan acara tunggal yang menyebabkan Microsoft berasal daripada perkataan perisian komputer dilahirkan.

Saya masih ingat memikirkan bahawa dia (Bill Gates) tidak akan mencapai apa- apa pun. Dia kelihatan seperti penggodam (hacker), nerd… dengan cermin mata, kelemumurnya, tidur atas meja… saya tidak nampak langsung masa hadapannya sejelas yang dilihatnya

(Henry Leitner, rakan sekelas Gates di Harvard)

* BASIC – Beginner’s All-Purpose Symbolic Instruction Code. Merupakan antara bahasa komputer awal. Kini bahasa ini telah di ubah kepada Visual Basic.

1 reply to this post

Leave a Reply

In an effort to prevent automatic filling, you should perform a task displayed below.