Home Kesihatan Berita Terbaru Berkenaan E. Coli

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia semua.

Hari ini saya nak kongsi sedikit tentang berita E. Coli yang menjadi kecoh baru-baru ni.  Nampaknya sekarang ni macam-macam penyakit muncul terutama yang membawa kematian. Saya dengar pun risau sebab tak sangka pula bakteria E. Coli atau nama penuhnya Escherichia Coli begitu bahaya malah telah merebak di Eropah.

Tambahan pula kalau di Eropah pun bakteria ni boleh merebak  apatah lagi di Malaysia. Menurut pembacaan saya E. Coli yang dijumpai adalah jenis baharu, iaitu menurut jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Alphaluck Bhatiasevi. Jangkitan di Eropah itu bermula di Jerman dan sehingga kini 10 negara di Eropah telah mengalami serangan bakteria tersebut. Manakala menurut pihak berkuasa perubatan Jerman pula wabak itu berpunca dari timun organik yang ditanam di Sepanyol yang kemudiannya memperbetulkan dengan menyatakan sayur-sayuran yang ditanam di negara itu yang tercemar menjadi punca utama penyakit tersebut.

Wabak E. Coli setakat ini telah membunuh 17 orang dan menyebabkan 1500 orang lagi  jatuh sakit.

Rakyat Malaysia yang pulang dari Jerman yang mengalami simptom penyakit E. Coli perlulah mendapatkan rawatan perubatan dengan segera. Dan pada pendapat saya rakyat Malaysia yang lain yang mengalami simptom penyakit ini juga perlu segera berjumpa dengan doktor kerana mungkin makanan yang tercemar dengan bakteria ini pernah masuk ke Malaysia juga.

Antara simptom penyakit E. Coli:

  • Kekejangan pada bahagian abdomen
  • Muntah
  • Cirit birit berdarah
  • Keletihan dan dihidrasi kerana kehilangan air dalam badan

 

Sekiranya ia tidak dirawat dengan segera penyakit ini boleh menyebabkan maut akibat kehilangan air yang banyak dalam badan. Gejala atau simptom penyakit E. Coli biasanya muncul antara 3 hingga 8 hari dan kebanyakannya akan sihat kembali dalam tempoh 10 hari. Penyakit ini juga dikatakan boleh menjadi lebih serius sekiranya berlaku pada penghidap penyakit ginjal ataupun pada kanak-kanak.

Walaubagaimanapun, langkah pencegahan boleh dilakukan untuk mengelak jangkitan dengan mengamalkan kebersihan. Mencuci tangan sebelum menyediakan makanan atau sebelum makan dan mencuci tangan selepas keluar dari bilik air atau tandas.

Makanan seperti sayur mentah dan buah-buahan  juga perlulah dibasuh dengan air bersih sebelum dimasak atau dihidangkan.

e coli

Similar articles
0 1630

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA