Home Isu Semasa BERAYA TANPA KELUARGA DISISI

Assalamualaikum serta salam sejahtera pembaca sekalian. Apa khabar? Masih berserononok menyambut hari raya aidilfitri? Hehehe.

Hari ini saya ingin berkongsi kisah mengenai seorang ibu  yang kesepian. Ditinggalkan oleh anak-anak. Beraya seorang diri sejak suami yang dicintai meninggal dunia.

Berikut saya sertakan beberapa dialog luahan hati seorang ibu yang ditinggalkan ini :

“Siapa tak teringin nak tinggal dan beraya dengan anak? Biarpun keadaan mak cik macam ini, hati mak cik masih kuat nak balik ke kampung,”

“Sudah bertahun-tahun mak cik tidak balik ke kampung. Mak cik teringin dan rindu beraya dengan anak. Sebelum ini, di sinilah tempat mak cik beraya dan menyambut puasa.
“Begitupun, mak cik serahkan semuanya kepada anak. Kalau mereka datang jemput, mak cik ikutkan saja. Kalau tidak, mak cik beraya di sini dengan kawan.
“Mak cik tahu menjadi beban kepada anak. Lagipun, hidup bergantung kepada kerusi roda seperti sekarang membataskan pergerakan mak cik. Kalau tinggal dengan mereka, mesti susah untuk mereka uruskan mak cik,”

Hati ibu mana yang tidak sedih bila berada dalam keadaan seperti ini. Mahu atau tak, mak cik perlu jaga diri sendiri dan doakan kebahagiaan anak.

 

Begitulah dialog-dialog yang apabila membacanya saya rasa tersentuh. Bagaimana seorang ibu yang mempunyai penyakit kusta dipinggirkan oleh anak-anaknya. Bukan seorang anaknya, bukan 2 orang, bukan 3 orang, tetapi 6 orang.

Sebagai ringkasan kisah ini, Mak Cik Halus merupakan seorang pesakit kusta yang tinggal di sebuah rumah kebajikan. Beliau menemui jodoh bersama suami tercinta disana, dan bersama pasangannya, beliau melahirkan 6 orang cahaya mata. Namun kini, Mak Cik Halus terpaksa beraya seorang diri bersama teman-teman tanpa keluarga disisi kerana suami beliau telah meninggal dunia dan anak-anaknya tidak lagi menghiraukannya.

Apa kata anda?

Setakat ini sahaja coretan saya pada hari ini. Sebelum itu, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Dan Batin!

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA