Home Perniagaan Internet Bagaimana untuk Poslaju dan semak jejak status Pos

Pos laju merupakan perkhidmatan penghantaran barang secara express yang disediakan oleh Pos Malaysia Berhad. Perkhidmatan yang memberi jaminan antaranya “Next day delivery” sampai esok hari dan “Same day delivery ” sampai hari ini begitu popular terutama dalam kalangan peniaga internet.

pos-laju-2

Berikut merupakan antara langkah demi langkah untuk membuat penghantaran melalui perkhidmatan Pos Laju.

1. Pergi ke Pejabat Pos terdekat anda, pada kebiasaanya pejabat Pos dibuka seperti waktu pejabat dan tutup pada cuti-cuti umum.

2.  Ambil borang Poslaju apabila masuk ke dalam pejabat dan isikan borang tersebut, dibawah merupakan contoh borang Poslaju.

pos-laju

Isikan bahagian No 2, No 3 dan No 4 sahaja.

3. Tekan mesin angka giliran dan tunggu sehingga nombor anda dipanggil.

4. Anda akan diminta untuk membuat pembayaran mengikut berat atau size di kaunter. Anda boleh membuat anggaran dengan menggunakan tools yang disediakan oleh Poslaju sini sebelum ke pejabat Pos.

Setelah selesai anda mungkin ingin memberikan maklumat kepada pelanggan ataupun individu yang akan menerima barang, berikan kod penjejak (tracking  code) sebagai bukti yang barang telah dihantar.

Kod penjejak boleh dilihat pada salinan borang ataupun pada gambar diatas pada kod bar. Ia berupa seperti berikut

EM 401181720 MY

Apabila membuat semakan sambungkan kod jejak menjadi satu perkataan sahaja seperti berikut

em401181720my

Semakan kod penjejak boleh dilakukan menggunakan aplikasi percuma ini, anda juga boleh letak aplikasi ini pada page Facebook secara percuma.

Contoh keputusan dari hasil jejakan.

poslaju-tracking-code

 

 

Similar articles

Leave a Reply

In an effort to prevent automatic filling, you should perform a task displayed below.