Home Tutorial Hosting Apakah itu Web hosting, Alamat IP dan Nama Domain

dns1

Pernahkah anda dengar istilah web hosting, alamat IP (IP address) dan juga nama domain (domain names)? Dalam perkembangan dunia yang makin maju sekarang ni saya percaya hampir 30% atau lebih rakyat Malaysia  akan “search” ataupun “Google” terlebih dahulu banyak perkara terutamanya sebelum membeli belah ataupun mendapatkan maklumat servis atau profil syarikat. Secara tidak langsung sebenarnya kita sedar atau tidak terlibat dalam penggunaan istilah ni. Mungkin cuma tidak perasaan.

Contohnya mahadirlab.com merupakan nama domain, manakala alamat IP untuk domain mahadirlab.com adalah 174.120.3.145 . Alamat IP singkatan daripada Internet Protocol Address diguna dalam dunia komputer sebagai alamat sesuatu peralatan digital dalam rangkaian.

Baiklah untuk mudahkan anda faham saya ibaratkan web hosting ni telefon bimbit, alamat IP sebagai nombor telefon manakala nama domain sebagai nama perhubungan (contact name). Telefon bimbit mempunyai pelbagai fungsi bergantung pada model dan jenama. Apabila anda ingin mengubungi seseorang anda pastinya akan membuka buku alamat (contact address) dan mencari nama orang yang ingin dihubungi sebelum butang “call” ditekan.

 

Sama lah konsepnya dengan web hosting, web hosting menyediakan pelbagai fungsi seperti data storage, pengurusan DNS, databases, email dan lain-lain bergantung pada plan yang ditawarkan.

Apabila membeli nama domain contohnya domain.net, domain ini akan dapat berfungsi apabila digabungkan dengan web hosting. Alamat IP  diguna untuk berhubung dengan data pada web hosting (laman web) contohnya.

http://174.120.3.145

Walaubagaimanapun untuk mengakses laman web dengan menggunakan IP seperti kat atas adalah tidak praktikal memandangkan sukar untuk diingati justeru nama domain digunakan untuk mengaksesnya.

http://mahadirlab.com

Nama domain ni seolah-oleh bertindak sebagai contact name dalam buku alamat telefon anda, lebih mudah diingati berbanding dengan nombor telefon.

Proses yang dinamakan sebagai Domain Names System (DNS) lookup digunakan untuk menterjemah daripada nama domain kepada alamat IP. Dalam gambar pada awal artikel ini menunjukkan apabila anda ingin membuka laman web contohnya http://learnthenet.net (query process) ia akan membuat pertanyaan terlebih dahulu pada server DNS. Server DNS akan mencari dalam pangkalan data untuk domain tersebut dan membalas dengan alamat IP 209.24.47.149 . Melalui IP ini komputer anda akan menghubungi server ataupun host lokasi data learnthenet.net dan kemudiannya proses pemindahana data akan berlaku antara komputer anda dan host.

 

2 replies to this post

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA