Home Perniagaan Internet Apa itu perniagaan internet?

Secara umumnya Perniagaan/Pemasaran Internet ataupun lebih dikenali sebagai Internet Marketing merupakan istilah umum bagi pelbagai lagi jenis promosi ataupun jualan produk yang dilakukan melalui medium atau platform internet (online).

Jadi itulah adalah antara definisi perniagaan internet, walaubagaimanapun saya percaya sekiranya anda tidak pernah menceburinya sebelum ini anda akan menggangap perniagaan internet ini sebagai pelaburan internet, skim cepat kaya dan sebagainya yang bersifat penipuan ataupun scam.

Buat pengetahuan anda perniagaan internet seperti mana-mana perniagaan secara offline yang lain, ia mempunyai risiko sendiri dan memerlukan kerja yang keras. Ia bukanlah seperti skim cepat kaya ataupun MLM. Jadi anda seharusnya tidak tidak keliru tentang perkara ini.

Antara contoh perniagaan internet ini adalah:

  • Perkhidmatan hosting server ataupun domain.
  • Iklan, seperti Google Adsense ataupun Nuffnang
  • Penjualan produk digital seperti ebook ataupun software
  • Affiliate
  • Perkhidmatan nasihat (konsultasi) dalam bidang SEO.
  • Perniagaan artikel
  • Perkhidmatan email marketing

Jadi saya pasti anda sedikit sebanyak telah jelas tentang perniagaan melalui online ini, ia bukan program scam sebaliknya ia realiti. Saya cakap ini sebab sendiri terlibat sebagai IMer (istilah yang banyak dipakai untuk merujuk kepada seorang peniaga ataupun usahawan internet) dan saya juga telah berjaya membuat jualan secara  maya ini. Nak tahu saya berniaga apa, nantikan dalam topik-topik akan datang :) .

Sebab apa ramai yang mahu terlibat dalam perniagaan internet ini? Sebenarnya untuk pengetahuan anda ia merupakan antara perniagaan yang paling menguntungkan kerana kos fizikal dapat dikurangkan secara tidak langsung. Sebagai contoh saya bawakan anda menjual ebook dan video secara online. Anda buat jualan dengan harga RM100 manakala kos penghasilan RM50. Kebiasaanya ebook adalah lebih mahal dari buku fizikal.

Harga jualan : RM 100

Kos penghasilan :  RM 200

Kos promosi melalui agen : 20%

Kos penghasilan ini mungkin kos untuk anda membuat research, rujukan, penggunaan internet serta bil elektrik dan kos upah. Jadi bagi setiap jualan ebook anda tanpa melalui agen anda akan dapat RM100, misalnya anda tolak RM20 untuk modal. Manakala melalui jualan agen (affiliater) anda perlu tolak 20% iaitu RM20 untuk dibayar pada agen jualan anda serta kos penghasilan. Bagi kedua-dua situasi ini.

Jualan terus tanpa agen:

Untung RM 80 bagi setiap jualan

kos modal akan berakhir setelah 10 jualan

Jualan melalui agen:

Untung RM 60 bagi setiap jualan (kalau tidak ditolak dengan modal untung adalah RM80 )

Kos modal  juga akan berakhir juga setelah 10 jualan.

 

Nampak tak kadar keuntungan lebih tinggi berbanding denga jualan secara fizikal kerana anda memerlukan editor dan syarikat penerbitan untuk menerbitkan sebuah buku. Bagi kes diatas katakan jualan terus mendapat 10 jualan manakala melalui agen pula sebanyak 200 unit jualan. Jadi untung bersih yang akan anda perolehi adalah RM16800.

Jadi itulah yang dikatakan dengan perniagaan internet boleh membuatkan seseorang itu menjadi jutawan. Tapi saya ingatkan anda sekali lagi perniagaan melalui internet ini memerlukan usaha yang kuat juga seperti mana pernigaan offline yang lain. Memang anda lihat mudah sahaja proses di atas untuk perolehi untung 5 angka tapi anda tidak akan dapatnya semudah itu tanpa usaha yang gigih selain teknik serta ilmu pemasaran yang betul.

Jadi apa yang saya ingin katakan, sebenarnya telah ada bukti orang yang menjadi jutawan melalui internet. Antara yang saya kenal adalah Zamri Nanyan, Rahman Basri dan Razif Yusof. Mereka ini merupakan IMer sepenuh masa dan saya percaya pendapatan mereka sebulan boleh mencecah 5 angka atau lebih.

Baiklah nampaknya setakat ini sahaja dahulu bahagian pertama artikel saya dalam bahagian perniagaan internet. InsyaAllah saya akan sentuh dengan lebih mendalam tentang bidang-bidang perniagaan internet ini pada artikel akan datang.

Perniagaan internet

2 replies to this post
  1. sememangnyer pengiklanan adalah elemen penting dalam memajukan sebuah perniagaan.tidak guna ada produk yg bagus jika agenda pemasaran kite tidak berkesan.justeru teruskan belajar kerana ilmu pemasaran tidak pernah berhenti.akan sntiasa muncul platform yg lebih baru drpd yg sedia ada.thnks kerana berkongsi artikel ni.

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA