Home SEO 5 Tip Untuk Turunkan Bounce Rate Pada Blog

Tingkatkan blog Bounce rateBlog anda telah dioptimasikan dari segi SEO dan mendapat tempat pada search engine dengan pelbagai keyword tetapi kali ini anda mengalami masalah lain pula, bounce rate anda pula menjadi rendah.

Tentu sekali sebagai seorang blogger yang smart perkara sebegini perlu anda fix dengan segera kerana bounce rate yang tinggi menunjukkan yang blog anda telah gagal membuat pengunjung ingin membaca lebih lanjut seterusnya mengurangkan peratusan pengunjung tersebut menjadi pembaca setia blog anda.

Dengan kata yang lebih mudah bounce rate yang tinggi merupakan salah satu petanda yang blog anda akan kurang pengunjung yang akan datang kembali membaca entri-entri lain blog anda pada masa akan datang juga.

Oleh itu, saya ingin kongsikan sedikit tip bagaimana untuk mengurangkan bounce rate.

 

1.Letakkan Entri yang berkaitan

Meletakkan entri yang berkaitan dengan entri yang sedang dibaca akan menarik minat pembaca untuk membaca lebih lanjut.

Oleh itu, tambahkan entri berkaitan pada akhir entri anda, semua ini boleh dilakukan dengan plugin.

2. Tulis artikel bersiri

Jangan terlebih guna teknik ini, tetapi ia merupakan cara yang baik untuk meningkatkan page views, menarik pengunjung lebih kerap melawat page anda kerana ingin meneroka lebih dalam artikel yang ditulis oleh anda.

Apabila anda menulis artikel atau entri secara bersiri, pembaca yang membaca siri pertama akan cenderung untuk membaca siri-siri yang seterusnya. Keadaan ini juga akan buatkan mereka mencari melalui search engine pada masa akan datang untuk artikel bersiri anda ataupun akan subcribe pada feed anda.

3. Tunjukkan entri-entri anda yang lama

Entri-entri anda yang telah lama tetapi menerima banyak komen ataupun pernah mencatat bilangan pengunjung yang paling ramai sebenarnya boleh digunakan pakai untuk membuatkan pembaca yang singgah di blog anda untuk membaca entri tersebut.

Jadi jangan sorokkan entri ini, anda boleh tunjukkan entri tersebut melalui widget seperti menggunakan plugin popular post yang akan memaparkan entri yang paling banyak menerima kunjugan ataupun komen.

4. Letakkan introduksi yang menarik pada entri anda

Apabila pembaca mengunjungi laman utama blog anda, pastikan ‘First Impression’ mereka pada entri-entri anda adalah bagus dan menarik.  First impression ini sangat penting kerana ia menentukan sama ada banyak atau sedikit jumlah artikel yang akan dibaca nanti.

Oleh yang demikian pastikan introduksi anda menarik.

5. Letakkan pautan yang berkaitan pada artikel

Kebiasaan isi ataupun jumlah perkataan sesuatu artikel pada blog jarang-jarang mencecah ribuan perkataan. Jadi sebenarnya satu artikel pada blog jarang menghuraikan dengan mendalam sesuatu perkara. Jadi dengan meletakkan pautan yang berkaitan pada keyword tertentu pada artikel akan buatkan pembaca ingin mengetahui lebih lanjut seterusnya menggalakkan pembaca untuk klik pada artikel yang berkaitan.

2 replies to this post
  1. salam ,

    sebelum ni BR blog sy 70% gitu .. tinggi gak kan .. n then since sy register kat google webmaster tools , melambung2 lak BR blog sy … cmno tu ?? mmg ade kaitan ke ? sedih gak ni …

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA