Home keselamatan 50 senarai password yang tidak patut anda guna

Adakah anda salah seorang daripada daripada orang yang menggunakan kata laluan yang mudah diteka?

Sekiranya ya mungkin masih belum terlambat untuk mengubahnya kepada yang lebih selamat dan sukar dipecahkan oleh hacker.

Selain itu, pengkaji dari Sophos juga mendapati 33% dalam penyelidikan mereka menggunakan kata laluan yang sama pada setiap laman web. Ini bermakna jika kata laluan dicuri oleh hacker dalam salah laman web contohnya Twitter ia boleh digunakan untuk membuka laman web lain seperti yahoo mail dan paypal.

Analisis hasil dari kata laluan yang dicuri dalam kejadian laman web Gawker yang berjaya diceroboh menunjukkan bahawa ramai yang memilih kata laluan yang sangat lemah yang sangat mudah untuk diteka.

top50-passwords

terkejut bukan? Terlalu ramai di antara kita memilih kata laluan yang lucu – dan tahukah anda, penggodam tahu tentang kata laluan paling biasa dipilih dan ini akan cepatkan mereka untuk meneka dan menceroboh akaun anda yang lain sekiranya digabungkan dengan penggunaan kata laluan yang sama untuk semua laman web. Pada tahun 2009 salah satu Cecacing Conficker (Worm Conficker) yang menyerang berjuta-juta komputer telah ditanam dengan kata-kata laluan yang kerap digunakan dan senarai kamus kata laluan.
Jadi, sebagai pengguna internet yang bijak elakkan menggunakan kata laluan yang mudah terutama dalam senarai 50 dalam gambar. Pastikan kata laluan tidak terdapat dalam kamus, gabungan abjad, nombor, karakter khas dan mengandungi lebih daripada 7 aksara. Kata laluan yang seperti ini adalah kukuh dan sukar dipecahkan oleh serangan kamus (dictionary attack) dan sukar diteka oleh penggodam. Selain itu pastikan setiap kata laluan adalah berlainan untuk akaun yang berlainan.

Similar articles

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA