Home Kesihatan 5 Amalan Nabi jaga kesihatan diri

 

Assalamualaikum serta salam sejahtera semua pembaca budiman. Hari ini saya ingin kongsikan 5 amalan utama Baginda Nabi S.A.W untuk menjaga kesihatan.

1. Selalu Bangun Sebelum Subuh

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah. Kesegaran udara subuh baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

 

2. Aktif Menjaga Kebersihan

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

 

3. Tidak Pernah Makan Berlebihan

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda; Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadhan bagi menyeimbangkan kesihatan.

 

4. Gemar Berjalan Kaki

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

 

5. Tidak Suka Marah

Nasihat Rasulullah ‘Jangan Marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Inilah 5 amalan utama Nabi Muhammad S.A.W untuk menjaga kesihatannya. Sesungguhnya tidak dinafi, setiap perbuatan serta amalan yang dilakukan oleh baginda sememangnya membawa manfaat serta mempunyai hikmah yang tersendiri.

Dalam sibuk kita meraikan aildilfitri ini, maka janganlah kita mengabaikan kesihatan diri dengan melakukan amalan-amalan yang memudaratkan. Bukan setakat itu, ramai insan yang meraikan aidilfitri dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar fitrah manusia.

Sekian, sekadar nasihat buat semua insan termasuk diri saya sendiri. Moga kita kekal sihat, sepanjang hayat, :)

Similar articles
0 456

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA