Home Maklumat para pelajar 152000 Pelajar Bakal Ditamatkan Pinjaman PTPTN

Sekadar peringatan kepada siswa dan siswi  yang medapat pinjaman PTPTN agar mengekalkan prestasi cemerlang dalam peperiksaan. :)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan memberi pinjaman kepada kira-kira 152,000 pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) berikutan keputusan peperiksaan semesta mereka dibawah 2.0 mengikut Purata Nilai Gred (PNG).

Pengerusinya, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, nilai pinjaman tersebut membabitkan sejumlah RM632 juta.

“Mereka sebelum ini merupakan pelajar terbaik yang maju dalam dalam pelajaran, walaubagaimanapun atas sebab tertentu, pembelajaran mereka merosot dan keputusan peperiksaan semesta dua gagal mencapai 2.0 mengikut PNG”

“Bagaimanapun, sekiranya mereka berjaya mendapat keputusan PNG 2.0 dalam peperiksaan semesta berikutnya, pinjaman itu akan disambung semula,” Katanya kepada pemberita selepas menyerahkan wang pendahuluan pembiayaan pinjaman untuk 100 orang pelajar dalam Parlimen Kuala Krau yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke politeknik di sini hari ini.

Menurut Ismail, PTPTN tidak akan teragak-agak memberhentikan teru pinjaman tersebut jika prestasi pelajat-pelajar itu masih mengecewakan dalam peperiksaan semesta berikutnya.

Sementara itu, katanya, PTPTN memperuntukkan pinjaman sebanyak RM38.69 juta kepada seramai 1.75 juta pelajar yang menuntut di IPT tahun ini.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, PTPN telah melupuskan pinjaman sebanyak RM277.99 juta kepada seramai 9,545 pelajar yang berjaya mendapat ijazah kelas pertama pada tahun lalu.

(Dipetik dari Utusan Malaysia 25 Jun 2011 )

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA