Home SEO 10 WordPress Plugin Yang Penting Untuk SEO

Tidak dapat dinafikan WordPress merupakan platform yang sangat berkesan dalam Search Engine Optimization (SEO) berbanding platform blog yang lain. Saya tidak kata platform blog yang lain tidak setanding dengan WordPress tetapi yang bezanya adalah kelebihan pada WordPress adalah plugin (bagi yang memasang pada hosting server sendiri).

Bagi yang masih tidak tahu apa itu WordPress, biar saya kupaskan sedikit. WordPress merupakan aplikasi blog percuma dan bersumber terbuka yang dikuasakan oleh PHP dan MySQL yang juga boleh digunakan sebagai basic bagi Content Management System (CMS). Kelebihan yang ada pada aplikasi ini adalah ciri-cirinya yang mesra pengguna, kaya dengan pelbagai plugin serta template yang menarik. Anda boleh download secara percuma sahaja aplikasi ini di WordPress.org. Hanya perlukan 5 minit sahaja untuk memasang pada hosting server anda sekiranya anda lakukan pemasangan manual.

Selain itu kenapa saya kata ia bagus dari segi SEO kenapa bukan blogspot atau lain-lain, sebabnya Matt Cutts iaitu ketua bagi bahagian web Spam google sendiri mengatakan WordPress merupakan pilihan terbaik bagi blog. Selain itu, blog beliau juga menggunakan aplikasi ini.

Baiklah kita berbalik pada tajuk utama iaitu 10 WordPress plugin yang anda perlu ada bagi SEO ini. Oh ya apa itu SEO? Mungkin ada yang masih tidak tahu, jadi biar saya terangkan secara ringkas sahaja SEO ini sebenarnya langkah untuk anda meningkatkan web anda pada pandangan enjin carian secara natural atau algoritma. Boleh rujuk Wikipedia untuk lebih lanjut. Secara ringkasnya tujuan anda lakukan SEO ini adalah untuk pastikan blog atau web anda berada ditempat pertama pada keputusan enjin carian ataupun dikenali sebagai Search Engine Result Page (SERP) bagi kata kunci tertentu.

Jadi sebagai langkah pertama anda untuk SEO ini saya rasa 10 plugin ini perlulah dipasang pada blog anda. Apa dia plugin tersebut?

All in one SEO pack – Ini merupakan plugin yang paling penting untuk anda kerana ia berfungsi mengoptimasi tajuk post/page anda serta membantu untuk menjana meta tag.

Automatic SEO links – Memudahkan untuk anda tetapkan pautan pada tajuk, sasaran dan rel bagi pautan.

Google XML Sitemaps – Membantu anda untuk membina sitemap serta ping pada pelbagai service ping secara automatik.

SEO title tag – Membantu anda untuk menetapkan Headspace

Platinum SEO Plugin – Menawarkan fungsi yang hampir sama dengan All in One SEO pack dengan beberapa tambahab fungsi.

Nofollow case by case – Anda boleh buang nofollow pada comment tertentu atau letakkan rel nofollow pada comment yang anda tidak ingin menyokongnya.

SEO blogroll – Membuat satu kumpulan khas untuk anda letakkan link blogroll dengan rel nofollow.

SEO Friendly image – Mengoptimasi foto pada blog anda dengan menambahkan alt tag.

Google Integration Toolkit – Membantu anda untuk menyambung pada google webmaster tool, google analytics, RSS/atom feed tagging serta membantu mengesan error 404 melalui analytics.

Broken link remover – Membantu membuang dan memulihkan pautan yang rosak pada page anda.

Jadi buat masa permulaan anda cubalah dahulu plugin-plugin di atas untuk langkah pertama SEO. Sebenarnya masih ada beberapa plugin lagi yang ingin saya tuliskan, tapi nampaknya saya akan menulisnya pada artikel SEO akan datang. Ok jumpa lagi dalam langkah SEO yang seterusnya.

1 reply to this post
  1. wah.. saya lihat kat blog ni ada iklan dari google.. kalau ada entry pasal cara nak buka akaun dengan iklan google mesti best.. :) dah byk kali try, tp sedih.. kena reject..:'(

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA