Home Android 10 Aplikasi Antivirus Android Terbaik 2013

Peningkatan jumlah virus dan serangan pada platform Android sudah pastinya membimbangkan terutama sekiranya telefon pintar anda digunakan untuk tujuan perbankan dan urusan yang melibatkan penggunaan kad kredit.

Respon daripada artikel saya sebelum ini berkenaan virus dalam sistem Android menunjukkan tidak ramai yang peka tentang isu antivirus. Sebenarnya antivirus bukanlah penyelesai muktamat berkenaan serangan jahat daripada mereka yang tidak bertanggungjawab baik dalam sistem Android mahupun Windows sebaliknya tabiat pengguna dan amalan keselamatan yang lebih penting kerana kebanyakan enjin anvirus menggunakan data daripada virus yang pernah dikesan ataupun melalui heuristic tetapi ia tidak dapat mengesan virus-virus baru yang  lebih canggih.

Amalan berjaga-jaga seperti tidak memasang aplikasi dari pihak ketiga, penggunaan kata laluan yang kukuh dan selamat dan berhati-hati dengan “permission” dari setiap aplikasi yang dipasang dapat menghindarkan diri daripada menjadi mangsa penjenayah siber. Walaubagaimanapun adalah lebih molek sekiranya amalan ini digabung dengan antivirus. oleh itu berikut merupakan antara aplikasi Antirus disusun menurut ranking daripada av-test.org .

TrustGo

 

Mendapat skor 6/6 dalam ciri perlindungan dan kebolehgunaan daripada av-test.org membuatkan aplikasi ini mendapat hit muat turun antara yang terbanyak dalam kategori antivirus.

Selain menyediakan fungsi teras dalam imbasan malware, TrustGo Antivirus & Mobile Security turut menyediakan “safe Search”, “system manager”, perlindungan privasi”, dan “data backup”.

AVL

avl

Antivirus dari Antiy Labs ini mendapat skor yang kurang untuk kebolehgunaan berbanding TrustGo. Tidak seperti kebanyakkan produk keselamatan yang lain AVL tidak menyediakan fungsi tambahan seperti anti kecurian.

AVL menumpukan sepenuhnya pada enjin imbasan dan boleh dikatakan memiliki enjin yang terbaik dalam kalangan antivirus kerana bukan sahaja bagus dari segi kadar pengesan semasa pengujian tetapi turut seimbang dengan prestasi kelajuan imbasan dan kadar pengesanan palsu. AVL turut menyediakan imbasan heuristic, tidak menyebabkan beban memori pada peranti, dan tidak menyebabkan impak kehausan bateri akibat penggunaan aplikasi ini.

Bit defender

bitdefender-android

Aplikasi yang mendapat 5 bintang daripada “PC Security Labs” ini menyediakan beberapa produk keselamatan mereka. Mobile Security & Antivirus  merupakan antara yang percuma.

Bit Defender juga turut menyatakan tentang kadar pengesanan imbasan malware mereka mencecah sehingga 99.8%.

Apabila anda memasang buat pertama kali ia akan meminta untuk membuat imbasan penuh terhadap aplikasi dalam peranti dan juga simpanan data.

Lookout

Lookout Security & Antivirus antara yang menyediakan fungsi versi percuma dan berbayar. Fungsi keselamatannya adalah percuma tetapi ia menawarkan fungsi premium dengan harga $2.99 /sebulan. Anda perlu untuk mendaftar untuk menggunakan aplikasi ini.

Trend Micro

Trend Micro Mobile Security mempunyai sedikit keunikan berbanding aplikasi keselamatan yang lain. Mempunyai tiga teras utama iaitu imbasan, penjagaan privasi dan kawalan parental.

Avast

avast2

avast! Mobile Security adalah aplikasi percuma yang menyediakan komponen antivirus beserta pakej keselamatan yang pelbagai termasuk pengimbas privasi, pengurus aplikasi, dan  perisai web yang mampu mengimbas setiap laman web dan URL  serta memberi amaran kepada anda jika ia adalah sebuah laman web yang dijangkiti malware yang diketahui.

Ia turut memuatkan penyekat arahan USSD yang bahaya seperti menghapus data secara atas talian. Untuk peranti yang diroot pula anvirus turut meyediakan firewall.

Norton

Norton Mobile Security Lite melindungi peranti dan tablet daripada pencuri dan juga virus. Produk dari Symantec ini membolehkan untuk anda menghapuskan data-data penting secara kawalan jauh dan mengesan peranti yang dicuri.

Ia mampu mengesan aplikasi baru yang dipasang dan yang baru dimuat turun.

Dr. Web

dr-web-android

Sophos

Sophos Security & Antivirus seperti turut menyediakan fungsi-fungsi seperti antivirus yang sebelum ini, namun ia menyediakan “security advisor” yang memberi nasihat keselamatan seperti setting untuk peranti anda.

Turut menyediakan anti phishing semasa anda melayari laman web.

NQ Mobile

NQ Mobile: Mobile Security merupakan yang terakhir dalam senarai 10 terbaik. Walaupun mempunyai skor yang agak rendah pada perlindungan berbanding kebolegunaan aplikasi ini menyediakan fungsi Network Manager yang membolehkan kawalan traik internet dijejak secara masa nyata serta menyenaraikan aplikasi yang paling banyak menggunakan trafik  data melalui internet.

 

 

Leave a Reply

Anti-spam: complete the taskWordPress CAPTCHA