Aplikasi Android Semakan nombor pendaftaran SSM syarikat dan bisnes
Ini merupakan aplikasi pertama saya yang saya keluarkan di Google Play iaitu SSM search Tool. App ini bertujuan untuk memudahkan anda untuk menyemak nombor pendaftaran syarikat dan juga bisnes.
Cara login SSH server menggunakan kekunci awam pada Windows
Baru-baru ni saya terpaksa kerap login ke salah satu server Centos atas sebab pembangunan projek terbaru vpn panel, akibat daripada beberapa program yang dicuba kerap kali sangkut pada command line. Sebelum ni juga saya pernah pasang kekunci awam ini pada salah satu server lain beberapa bulan yang lepas tapi malangnya terlupa caranya dan terpaksa merujuk balik sana sini. Jadi saya tulis kat sini supaya nanti bila terlupa lagi tak susah nak rujuk balik :) .
Kelebihan menggunakan kekunci awam ni adalah lebih selamat kerana hanya individu yang mempunyai akses terhadap file kekunci peribadi sahaja dapat login dan sekiranya tidak diletakkan key passphrase tak perlu untuk taip password setiap kali nak login SSH, itu lah sebabnya saya pasang sebab malas nak taip password :).
![]()
(Gambar dari Wikipedia)
Cara kira waktu solat dhuha dan kaifiyatnya
Mengikut syarak, waktu solat Dhuha berlaku apabila matahari tinggi segalah.
Ini ditafsirkan secara astronomi sebagai waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan waktu syuruk dan Subuh.
Secara purata waktu solat Dhuha adalah 28 minit selepas waktu Syuruk.
Pengiraan boleh dibuat seperti berikut
Waktu Dhuha = Waktu Syuruk + 1/3 (waktu syuruk – waktu Subuh)

Tip bagaimana untuk jimat bateri Samsung Galaxy S II
Seperti yang sedia maklum, penggunaan peranti pintar seperti Samsung Galaxy S II pastinya memerlukan sedikit kepakaran dalam pengurusan bateri kerana secara purata jangka tahan baterinya akan jatuh ke 5-10% dalam kurang daripada satu hari. Berikut merupakan tip biasa yang boleh diamalkan bagi penjimat bateri pada peranti mahupun pada peranti-peranti pintar yang lain.

Periksa denyutan jantung anda melalui peranti android
Percaya atau tidak telefon android anda sebenarnya mampu untuk mengira denyutan jantung?Instant Heart Rate merupakan Aplikasi yang mendapat jumlah muat turun melebihi 5 juta dan menggunakan kaedah perubahan warna pada jari ini dapat memberi kiraan denyutan jantung seminit.
10 Aplikasi Antivirus Android Terbaik 2013
Peningkatan jumlah virus dan serangan pada platform Android sudah pastinya membimbangkan terutama sekiranya telefon pintar anda digunakan untuk tujuan perbankan dan urusan yang melibatkan penggunaan kad kredit.
Respon daripada artikel saya sebelum ini berkenaan virus dalam sistem Android menunjukkan tidak ramai yang peka tentang isu antivirus. Sebenarnya antivirus bukanlah penyelesai muktamat berkenaan serangan jahat daripada mereka yang tidak bertanggungjawab baik dalam sistem Android mahupun Windows sebaliknya tabiat pengguna dan amalan keselamatan yang lebih penting kerana kebanyakan enjin anvirus menggunakan data daripada virus yang pernah dikesan ataupun melalui heuristic tetapi ia tidak dapat mengesan virus-virus baru yang lebih canggih.
Amalan berjaga-jaga seperti tidak memasang aplikasi dari pihak ketiga, penggunaan kata laluan yang kukuh dan selamat dan berhati-hati dengan “permission” dari setiap aplikasi yang dipasang dapat menghindarkan diri daripada menjadi mangsa penjenayah siber. Walaubagaimanapun adalah lebih molek sekiranya amalan ini digabung dengan antivirus. oleh itu berikut merupakan antara aplikasi Antirus disusun menurut ranking daripada av-test.org .
TrustGo
Senarai 8 Jenis Virus Android Paling Merbahaya
Pernahkah anda terfikir yang peranti Android anda sebenarnya terdedah pada jangkitan virus seperti mana risiko jangkitan pada komputer Windows dirumah? Tidak dinafikan ramai yang berpendapat telefon pintar tidak perlukan Anvirus malah saya snndiri kerap mendengar perkataan seperti “Perlu ke antivirus?”. Tetapi tahukah anda menurut kajian yang dilakukan oleh Lookout Mobile Security serangan virus terhadap telefon pintar berasaskan Android meningkat setiap hari, malah dijangka 1 daripada 3 telefon pintar terdedah pada serangan.

Cara Masuk ke Download Mode Samsung Galaxy S2
Memasuki mode download secara manual menggunakan kombinasi button adalah sangat senang dan anda seharusnya mengetahui teknik untuk memasuki mode ni tanpa berharap sepenuhnya menggunakan apps.
Mode download ini terdapat 2 mode, iaitu Odin Mode dan juga Factory Mode. Odin Mode merupakan Mode pada awal pengeluaran firmware Galaxy S2 dimana bootloader pada mode ini tidak disekat yang membolehkan pengguna untuk menghapuskan jejak custom binary.
Manakala mode factory merupakan mode yang diperkenalkan oleh Samsung untuk versi terbaru pada versi firmware akhir Gingerbread mereka pada Galaxy S2 dan sehingga ke versi Jelly Bean, mode ini hanya membenarkan proses kemaskini dan muat naik file binary sahaja.
Untuk memasuki Mode Download, langkah pertama anda perlukan matikan peranti S2.
Kemudian tekan kombinasi button POWER+ HOME + VOLUME DOWN

Cara reset custom binary counter pada Android Jelly Bean I9100G
Ramai yang bertanya soalan pada saya tentang kaedah reset saya tulis sebelum ni dekat Cara reset custom binary counter pada ICS I9100G sama ada boleh digunakan untuk Android version 4.1 Jelly Bean. Jawapannya cara untuk reset boleh tapi bootloader yang saya bekalkan tidak boleh digunakan untuk versi ICS, maknanya setelah reset telefon anda tidak boleh untuk boot (dihidupkan).

Cara menyemak Baki dan penyata kad Touch n Go
Penggunaan kad touch n go merupakan salah satu sistem yang sangat disenangi oleh saya, sebabnya tak perlu beratur panjang untuk beli tiket atau bayar tol dan juga yang paling penting malas nak berurusan dengan menggunakan duit cash ni sebab sejak kebelakangan duit syiling dah makin bertimbun sebab asyik tiket harga ada sen-sen.







